Tuesday 10 September 2013

Uhibbuki/uhibbuka Fillah..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...


Caption:
"ana uhibbuki fillah ya ukhti"
"ana uhibbuka fillah ya akhi"

Astagfirullah, kata-kata 'uhibbuki atau uhibbuka fillah' sudah disalahgunakan masa kini!
Rata-rata manusia, tahukah apa maknanya? 'Sayang awak KERANA ALLAH'. Bila anak adam kurang ilmu pengetahuan agama, jadi macam ini lah akhirnya... Maaf ye, nak berkasih sayang kerana Allah pun perlu ada caranya, adabnya, bukan boleh hentam suka-suka ja... 

Nak ucap uhibbuki atau uhibbuka fillah, ba'da(selepas) an-nikah lah ... Tapi ramai yang kata : 

"Macam mana nak berkasih sayang selepas nikah? Cinta pun tak ada"
Bila mana semua niat kita ikhlas kerana Allah, Allah akan campakkan rasa kasih sayang & cinta itu ke dalam hati. Mencintai seseorang itu memang hak kamu, Tapi mencintai seseorang yang BERHAK KEATAS kamu menjadi KEWAJIBANMU...

Selesai sahaja ijab & kabul, barulah Wajib untuk kita 'Sayang dia kerana Allah'. Di situ bermula segalanya... Masa tu nak ucap uhibbuki atau uhibbuka fillah sebanyak mana, terus dapat pahala. Berbeza dengan ambil gambar berdua, lepastu letak caption 'Sayang kamu selamanya'. Yang itu mungkin sudah biasa.. Yang peliknya, belum apa-apa lagi dah letak 'kerana Allah'

Kawan, janganlah salah konsep ya.. Layak kah kita nak ucap itu semua tanpa ikatan yang diredhai-Nya??? Mungkinkah Allah redha? Allah murka tak agaknya? Patutlah hubungan tidak kekal lama... Awal-awal lagi dah banyak khilafnya... Muhasabah diri balik. Benda ini penting! Ana serius! Sedih sangat bila ada hamba-Nya salahgunakan niat kerana Allah, tidak kena langsung pada tempatnya...

Tak rasa kesian ke pada bakal suami, isteri? Ucapan itu dah pun kita luahkan dekat insan yang kita sendiri tidak pasti, dekat insan yang tidak boleh jamin sama-sama hidup semati... Jaga hubungan dengan Allah dulu... Baru Allah hadiahkan someone yang akan jaga hubungan dengan kita. Jangan risau, firman Allah dalam surah an-nur ayat 26 : Perempuan baik untuk lelaki yang baik, lelaki baik untuk perempuan yang baik.

Takut 'dia' tak datang? Kalau bukan didunia, di syurga Allah hendaknya. Masa itu tetap hadir dengan izin-Nya. Usah dikutip lagi serpihan kaca. Sabarlah sehingga kau temukan permata. Cinta itu indah bila tiba masa, dan haknya...


 Bukan Allah tidak tahu derita hidupmu, retaknya hatimu,
Sengsaranya sukamu. Mungkin itulah yang DIA mahukan kerana DIA tahu, hati 
yang sebeginilah selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat & akrab antara DIA dan kamu ...

jom! Belajar Bahasa Arab...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

hari ni ana ingin berkongsi beberapa perkataan yang simple dalam bahasa arab dengan semua pembaca..

  1. Ahlan Wasahlan = Selamat Datang.
  2. Sabah al kheir = Selamat Pagi.
  3. Syukran Jazilan = Terima kasih banyak-banyak.
  4. Afwan = sama-sama.
  5. asifni, ya ukhti = maafkan saya, wahai saudariku.
  6. tafaddol = Silakan.
  7. Asf = Maaf.
  8. Ismi = my name is
  9. Ana = Saya.
  10. Nahnu = kami.
  11. Ikhwan = Saudara laki: laki (jamak)
  12. Akhwat = Saudara perempuan (jamak)
  13. Ukhti = Panggilan untuk saudari perempuan.
  14. Akhi = panggilan untuk lelaki.
  15. Antum = kamu (jamak)
  16. Ikhwah fillah = Saudara sekalian.
  17. Anta = kamu, (lelaki) 
  18. Antuma = kamu, dua orang (lelaki)
  19. Anti = kamu, (perempuan)
  20. Antuma = kamu, dua orang (perempuan)


Semoga kita semua sama-sama dapat mengamalkan dan menghayati bahasa ahli syurga ini... InsyaAllah ...
uhibbukum jamian... = sayang semuanya <3
uhibbuki fillah = sayang awak kerana Allah...

Friday 6 September 2013

Selamat Hari Lahir...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
 Hari ni ana nak post entry baru.. tajuk mesti la dah tahu kan sebab dah nampak "Selamat Hari Lahir" kat atas tu, ni bukan ulang tahun kelahiran ana, tetapi sahabat ana... ana hanya sekadar nak berkongsi hari istimewa ini sahaja. Dan hari ini adalah hari yang sangat istimewa buat ana dan sahabat ana... Selamat Hari Lahir Eda Nurul Hanida!

 Semoga menjadi anak yang solehah dengan mendapat keredhaan, kerahmatan dan keberkatan dari Allah SWT di sepanjang kehidupanmu wahai sahabat karibku, didunia dan diakhirat... Dengan bertambah satu tahun usiamu jadikanlah dirimu seorang manusia yang berguna, dan tingkatkan lah baktimu terhadap kedua orang tuamu... 

Sahabat, usia yang Allah kurniakan ini,
hiasilah ia dengan amalan yang murni,
semoga ia menjadi temanmu di akhirat yang kekal abadi.

Dari lubuk hatiku yang paling dalam hanya itulah yang dapat ku ucapkan...


Eda, hanya gambar ini saja dapat ku berikan.. 

P/S: Eda, maaf lah sebab anis tak datang kat kfc tadi sebab tak ada transport.. berasa hampa juga tak dapat pergi, tapi tak pa lah anis redha... pasti ada hikmahnya... apa2 pun nanti claim hadiah kat anis ya... ^_^

Thursday 5 September 2013

Sedikit info tentang ana...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
nama ana Anis Izzaty Azman... panggil je Anis.. 16 tahun.. ni ialah post ana yang pertama kat blog ni...
seorang yang pemalu, pendiam dan ceria (terutama dengan family dan kawan2). 
ana berasal dari Perak dan menetap pun kat Perak ...suka dengan budak2.

suka dengan baby dan budak2

ana dengan adik ana

 Suka juga tengok drama korea( tapi sekarang tak tengok dah sebab nak focus exam SPM tahun hadapan). tujuan buat blog ni sebenarnya hanyalah untuk berkongsi ilmu Allah dan berkongsi cerita dengan semua blogger... itu je la kot info tentang diri ana..  
jikalau sesiapa yang ingin berkawan dengan ana, boleh lah follow ana di twitter, facebook dan instagram..
twitter: @A_for_Anis
facebook: anis izzaty 
instagram: @A_for_Anis

jikalau ada kesempatan waktu, kita jumpa lagi dilain hari.. Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh dan Selamat petang wahai sahabat fillah till jannah...
....