Tuesday 10 September 2013

Uhibbuki/uhibbuka Fillah..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...


Caption:
"ana uhibbuki fillah ya ukhti"
"ana uhibbuka fillah ya akhi"

Astagfirullah, kata-kata 'uhibbuki atau uhibbuka fillah' sudah disalahgunakan masa kini!
Rata-rata manusia, tahukah apa maknanya? 'Sayang awak KERANA ALLAH'. Bila anak adam kurang ilmu pengetahuan agama, jadi macam ini lah akhirnya... Maaf ye, nak berkasih sayang kerana Allah pun perlu ada caranya, adabnya, bukan boleh hentam suka-suka ja... 

Nak ucap uhibbuki atau uhibbuka fillah, ba'da(selepas) an-nikah lah ... Tapi ramai yang kata : 

"Macam mana nak berkasih sayang selepas nikah? Cinta pun tak ada"
Bila mana semua niat kita ikhlas kerana Allah, Allah akan campakkan rasa kasih sayang & cinta itu ke dalam hati. Mencintai seseorang itu memang hak kamu, Tapi mencintai seseorang yang BERHAK KEATAS kamu menjadi KEWAJIBANMU...

Selesai sahaja ijab & kabul, barulah Wajib untuk kita 'Sayang dia kerana Allah'. Di situ bermula segalanya... Masa tu nak ucap uhibbuki atau uhibbuka fillah sebanyak mana, terus dapat pahala. Berbeza dengan ambil gambar berdua, lepastu letak caption 'Sayang kamu selamanya'. Yang itu mungkin sudah biasa.. Yang peliknya, belum apa-apa lagi dah letak 'kerana Allah'

Kawan, janganlah salah konsep ya.. Layak kah kita nak ucap itu semua tanpa ikatan yang diredhai-Nya??? Mungkinkah Allah redha? Allah murka tak agaknya? Patutlah hubungan tidak kekal lama... Awal-awal lagi dah banyak khilafnya... Muhasabah diri balik. Benda ini penting! Ana serius! Sedih sangat bila ada hamba-Nya salahgunakan niat kerana Allah, tidak kena langsung pada tempatnya...

Tak rasa kesian ke pada bakal suami, isteri? Ucapan itu dah pun kita luahkan dekat insan yang kita sendiri tidak pasti, dekat insan yang tidak boleh jamin sama-sama hidup semati... Jaga hubungan dengan Allah dulu... Baru Allah hadiahkan someone yang akan jaga hubungan dengan kita. Jangan risau, firman Allah dalam surah an-nur ayat 26 : Perempuan baik untuk lelaki yang baik, lelaki baik untuk perempuan yang baik.

Takut 'dia' tak datang? Kalau bukan didunia, di syurga Allah hendaknya. Masa itu tetap hadir dengan izin-Nya. Usah dikutip lagi serpihan kaca. Sabarlah sehingga kau temukan permata. Cinta itu indah bila tiba masa, dan haknya...


 Bukan Allah tidak tahu derita hidupmu, retaknya hatimu,
Sengsaranya sukamu. Mungkin itulah yang DIA mahukan kerana DIA tahu, hati 
yang sebeginilah selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat & akrab antara DIA dan kamu ...

No comments:

Post a Comment