Wednesday 27 November 2013

Dalam Pembikinan.. will be coming soon, InsyaAllah ..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Ahlan Wa Sahlan sahabat ana sekalian. Sahabat apa khabar? sihat? Ana Alhamdulillah sihat... Ana bersyukur kerana masih diberikan peluang untuk hidup dimuka bumi ini lagi. Ana bersyukur kerana ana masih boleh beribadah pada Allah. Lama ana tak singgah kat sini. Ni pun saja-saja nak post entry baru.

HAAA!! ana nak bagi tau yang ana sudah mula menulis novel. Alhamdulillah.. Ana harap novel ana dapat diterbitkan suatu hari nanti. Inshaa Allah.. Kepada sahabat ana sekalian, doakan ana ye..

Sekian,

Saturday 23 November 2013

La Tahzan Anis ...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Aahlan Wa Sahlan sahabat ana sekalian. Selamat datang ke blog ana yang tak seberapa ni.. nak tahu sebab apa ana kata tak seberapa ni? sebab ana selalu bercerita macam-macam kan..hehe
ok lah! dah lama rasanya ana tak update post baru kat sini.. ye la rasa malas nak menaip sedangkan kat otak ada macam-macam nak di ceritakan sebab banyak peristiwa yang berlaku.. hihi..

Ana sebenarnya rasa sedih yang amat.. nak tahu sebab apa ana bersedih, sahabat sekalian? Sebab ana baru dapat tahu yang Danish tu dah bertunang. Haaa! Sahabat ana sekalian masih ingat lagikah pada Danish, yang ana selalu ceritakan itu? Danish itu lah.. Ana pun tak sure yang khabar itu benar atau tidak, tetapi yang pasti ada seorang hamba Allah itu telah menceritakan pada ana bahawa 'dia' adalah tunang si Danish.. Bila ana dapat tahu khabar ini hati ana berasa sakit yang amat.. Hanya Allah saja yang tahu hati ana sakit macam mana, terasa teramat lah perit untuk menerima semua ini. Walaupun perit untuk menerima semua ini, ana mencuba untuk redha kerana ana pasti janji Allah itu benar pada hamba-Nya..

Sahabat sekalian nak tahu macam mana boleh terjadinya semua ini? haa! meh ana nak cerita dari awal...

Mula-mula macam biasa ana akan online facebook ..ye la saja nak tengok ada apa kat situ, lepastu ana click kat fb si Danish(nak tengok sama ada dia ada update status ke tidak kan..). lepas tu ana tengok kat friendlist Danish(macam stalker la pulak ye ana nih.. hihi).. ana nampak ada satu nama tu iaitu TN , then ana click la nama dia.. Bila buka tu kita baca la semua status si TN tu.. Kat situ ana ada nampak si Danish like status si TN tu, bila ana baca lagi status si TN tu ada la beberapa like oleh si Danish nih.. HAAA! Dan tiba-tiba hati ana berasa something la. Nak dijadikan cerita, ana pon add la akak TN ni..
Beberapa hari kemudian si akak TN ni ada sent message ana kat fb. Dia berkata "Assalamualaikum adik comel.. ana mengenali dirimu? Syukran add ana.. Salam ukhwah fillah ^_^"
ana pun reply la balik message akak TN tu(ye latak kan tak balas balik message orang kan.. nanti apa pulak orang cakap).

Kami pun bersembang berdua.. Allah itu maha besar! Suatu hari akak tu tetiba bercakap pasal si Danish ni.. dan terkeluarlah dari dia, iaitu dia mengaku bahawa 'dia' itu adalah tunang si Danish.. Hati ana memang terasa sakit namun, ana terpaksa berlakon bahawa tiada apa yang terjadi.. akak TN tu tetiba minta no ana, katanya kalau ada Whatsapp senang la nak bagi gambar & dia tak selalu onlline sangat kat fb nihh.. katanya la, jadi ana pun bagi la nombor telepon ana.. Dan pada malam tu kami ber'whatsapp' berdua sampai la hari ni.. sepepu ana kata akak TN tu bercerita macam menunjuk-nunjuk pun ada.. katanya kalau bertunang patutnya dirahsia kan bukan dihebohkan dan perkahwinan itu sepatutnya dihebohkan bukan dirahsiakan..sepupu ana kata yang akak TN tu macam penipu, ibu ana juga berkata yang sama macam sepupu ana.. ana tak tahu lah sama ada khabar semua ini benar atau palsu...Hanya Allah sahaja yang tahu, Ana hanya berserah pada Allah & apa yang penting redha..

betul tak sahabat ana sekalian :)

Thursday 7 November 2013

Merdeka!!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Ahlan wa sahlan sahabat sekalian.. Pertama sekali ana ingin mengucapkan selamat datang ke blog ana yang tak seberapa nih.. sahabat sekalian macam mana, sihat? ana alhamdulillah sihat.
Ana macam biasa hanya bercerita mengenai kisah hidup ana sahaja tetapi tidak terlampau details yee..

ok! mari kita teruskan pada tajuk cerita kita tadi iaitu 'Merdeka'.. ye, memang negara kita sudah merdeka.. tetapi ini merdeka lain.. maksud merdeka ana ini ialah dah habis ataupun lepas dari exam .. Peperiksaan kali ni memang mencabar sikit sebab yang banyak mencabarnya dekat subject sejarah, paper 2 soalan struktur. Soalan struktur sejarah kali ni masyaAllah sangat lah susah!.. Pening dibuatnya, ditambah lagi dengan sakit kepala yang amat.. nasib pada hari peperiksaan sejarah 2 tu ayah ana mau hantar ke sekolah, kalau tak memang kena kayuh basikal la waktu sakit-sakit kepala nih..
Dan Alhamdulillah exam last year dah habis.. Syukur Syukur ^_^

Hari ni sahabat ana dari kelas yang lain menghadapi peperiksaan iaitu matematik tambahan kertas 2 dan esok Jumaat 8/11/2013 bersamaan 4 Muhrram 1435 Hijrah, mereka akan menduduki peperiksaan mata pelajaran Prinsip akaun kertas 2, Ict dan Kimia kertas 3.. Selamat menduduki peperiksaan ya sahabat ana sekalian dan semoga dipermudahkan oleh Allah SWT.. Amin.. Bittaufiq wan najah :)

Wednesday 6 November 2013

Orang Yang Sama...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

hari ni ana ingin berkongsi cerita mengenai hidup ana.. Sebenarnya cerita ni tak lah penting dan tak lah se'best' mana pun.. saja2 nak tulis kat entry nihhh.. kalau antum dan antumna nak baca baca lah, tapi kalau tak nak tu tak apa lah.. ana pun tak kisah orang nak baca ke tidak.. yee dopp? haha

ok! nampak tak kat atas tu.. ala tajuk post ana tu iaitu "Orang Yang Sama" .. ya, ini lah kisah yang ana ingin kongsikan dalam blog ni...

Sebenarnya beberapa minggu yang lepas ana ada bermimpi. Dalam mimpi ana tu ana selalu berjumpa dengan seorang akhi, ana kenal dengan akhi itu.. ana gelarkan dia "Danish" ada la sebab-sebab tertentu mengapa ana gelarnya Danish.. Sebelum mimpi tu muncul ana ada buat solat Hajat, 3malam berturut-turut.. dan malam tu ana mendapat mimpi, dalam mimpi ana ni didatangi seorang akhi iaitu yang diberikan gelaran Danish(macam ayat ulangan atas tadi la pulak ye? biar je lah... ana hentam saja la.. haha).. Ana tengok Danish yang berpakaian baju batik hijau(baju batik hijau itu lah Danish pernah pakai waktu dahulu) sedang tersenyum dekat ana.. Senyumannya sangat manis sekali. 

Pada keesokan harinya ana menceritakan pada ibu ana, ibu ana berkata "kakak teruskan berdoa pada Allah dan jangan pernah berhenti meminta.. Malam ni buat lagi solat hajat..) ana pun "hemm, ok ibu.. kakak cuba malam ni.." .Dan malam kedua seperti biasa ana akan melakukan solat hajat, dan pada malam itu juga ana mendapat mimpi lagi.. mimpi kedua ni, si Danish ni datang berjumpa ana dekat sekolah.. Dia macam tengah mengajar kawan ana.. Ana segan bila tengok dia sebab kami berdua ada berhubung pada hari sebelum mimpi ni.. ana ada message dengan Danish, macam-macam jugak ana tanya dia..sebab bila tulis kat telefon sembang menggunakan alat telekomunikasi senang la sebab tak ada kat depan mata(ana jadi peramah terlebih..haha), kalau ada depan mata ni ana jadi segan(sebab salah satu nya ana ni pemalu,pendiam bila berdepan dengan akhi..).. lepas Danish mengajar kawan ana, dia duduk dihadapan ana..Ana hanya diam dan hanya mampu senyum sahaja sambil menengok si Danish ni. Lepas tu ana terjaga la dari tidur, nak pi sekolah..

Dan mimpi ana ni sampailah enam kali ana bermimpi Danish ni..

selang 2-3 hari iaitu pada 31/10/2013 bersamaan 26 Zulhijjah, ana ada bermimpi lagi.. kali ini dalam mimpi ana, dia datang menghantar seorang budak lelaki ke sekolah dengan menaiki motosikal(rasa2nya dalam mimpi tu macam adik dia).. lepas hantar tu si Danish ni terus datang kat abang ana, ana dan sepupu ana. Yang terkejutnya Danish datang menghampiri kami bertiga ni yang tengah duk bersembang, Danish memberi salam dekat abang ana sambil duk tersengih-sengih tengok ana..senyum dia tu pun macam mesra ja, ana pun segan la sebab ada seorang akhi duk senyum jaaa..(sebenarnya ada banyak lagi.. tapi yang belakang-belakang tu ana malas nak cerita, biar lah cerita mimpi seterusnya itu menjadi rahsia Allah dan ana sahaja.. owh! dan tak lupa serta ibu ana juga..)

sampai la ana mimpi dia hingga kali ke 10.. iaitu pada malam semalam 5/11/2013 bersamaan 1 Muharram 1435 Hijrah..

Yang masih menjadi tanda persoalan kepada ana sehingga sekarang ini apakah ada maksud yang tersurat dan tersirat dalam mimpi ana itu?

Apapun terima kasih kerana membaca blog ana, sahabat sekalian..
Sekiranya cerita yang ana kongsikan ini membosankan, maafkan lah ana kerana semua ini dari isi hati ana sendiri.. Assalamualaikum wbt ...