Sunday 20 October 2013

My 1st try made Italian Pasta :)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

sebenarnya entry ni dh lama sebab asyik duk tersimpan kat draft.. lagipun ana tak ada masa untuk menulis entry baru ni.. sibuk lah katakan...
Ok! tajuk ana di atas tu "My First Try Made Italian Pasta" .. ana hanya sekadar mahu berkongsi cerita dengan semua pembaca sahaja.. kalau tak mahu baca tu tak mengapa lah, ana pun tak kisah..ye dopp.. haha

nak tahu apa dia italian pasta yang ana buat tu? haaa! ni la dia italian pasta yang ana buat atau pun dikenali sebagai 'Lasagna' 

In the making... Set to bake.. ^_^

Italian Pasta ni ada banyak jenis.. tapi ana pilih yang ni sebab mak saudara ana ada menjualnya di facebook Sue Aleen (ha! apa lagi tempah la cepat! Sodapp ni.. haha :) ..).. Jadi ana pun berkenan la nak masak 'mende alah' ni.. haha.. Kot-kot boleh jadi macam mak cik ana ka, boleh jugak cari duit sampingan.. boleh jugak tambah kat bank tu..hihi..

Bahan nak buat italia pasta ni memang mahal sikit, kiranya RM50-RM80 keatas la.. TAPIIII!!(macam apa lagi tapi tu..huhu) rasa dia memang "MasyaAllah Lazatnyaaaaa~" .. Makanan ni sesuai dimakan dihujung minggu.. kalau makan seorang tu 2-3 kali suap dah kenyang dah, tapi kalau makan dengan family lagi meriah sebab dapat berkongsi bersama, ye bukan..

Mula-mula makcik ana terangkan bahan-bahanya dari A sampai lah ke Z..selepas itu makcik ana mengajar memasak sambil buat demo, selepas siap masak tu makcik ana tanya "paham dopp?" yang ana ni duk angguk-angguk paham sebab ingat kan dah habis dah.. then makcik ana kata "haa, lepas ni anis kena masak pulak.. nak tengok betul-betul faham ke tak macam mana cara nak buat dia.. kalau angguk-angguk faham ja tak jadi, ni nak test anis puya masakan pulak, nak rasa macam mana rasa anis buat".. yang ana ni terkejut jugak lah sebenarnya sebab memang tak jangka pun kena masak lepas makcik ana buat demo masakan italian pasta ni.. mau tak mau ana cuba jugak lah, kalau tak cuba sampai bila lagi nak cuba? First try, butter ana jadi hangit sebab buka api terlampau kuat dan biar kuali tu panas lama-lama(jangan la mengejek ana kata tak reti memasak pula ya.. ana reti je sebab pernah wakil sekolah ni dapat johan dalam pertandingan memasak.... peringkat daerah je..) ... waktu tu ana memang dah gabra habis(gementar + risau) sebab duk terfikir dalam hati 'alahai awat la butter ni hangit pulak?'

Makcik ana kata tak pa, cuba sekali lagi.. ok, ana cuba buat kali kedua dan Alhamdulillah hasilnya ternyata berhasil jua.. Syukur! Syukur! butternya pun tak hangit.. dan ana cepat-cepat campurkan kesemua bahannnya sehigga lah menjadi siap.. Haaaa! ini lah rupa Italian Pasta selepas siap dibakar

ni la lasagna ana yang pertama
Syukur Alhamdulillah menjadi jugak ^_^

Lepas ni ana boleh lah bukak cawangan kat sini pulak ye(di Parit Butar) ... InsyaAllah.. Amin.. Doakan ana..


No comments:

Post a Comment