Wednesday 6 November 2013

Orang Yang Sama...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

hari ni ana ingin berkongsi cerita mengenai hidup ana.. Sebenarnya cerita ni tak lah penting dan tak lah se'best' mana pun.. saja2 nak tulis kat entry nihhh.. kalau antum dan antumna nak baca baca lah, tapi kalau tak nak tu tak apa lah.. ana pun tak kisah orang nak baca ke tidak.. yee dopp? haha

ok! nampak tak kat atas tu.. ala tajuk post ana tu iaitu "Orang Yang Sama" .. ya, ini lah kisah yang ana ingin kongsikan dalam blog ni...

Sebenarnya beberapa minggu yang lepas ana ada bermimpi. Dalam mimpi ana tu ana selalu berjumpa dengan seorang akhi, ana kenal dengan akhi itu.. ana gelarkan dia "Danish" ada la sebab-sebab tertentu mengapa ana gelarnya Danish.. Sebelum mimpi tu muncul ana ada buat solat Hajat, 3malam berturut-turut.. dan malam tu ana mendapat mimpi, dalam mimpi ana ni didatangi seorang akhi iaitu yang diberikan gelaran Danish(macam ayat ulangan atas tadi la pulak ye? biar je lah... ana hentam saja la.. haha).. Ana tengok Danish yang berpakaian baju batik hijau(baju batik hijau itu lah Danish pernah pakai waktu dahulu) sedang tersenyum dekat ana.. Senyumannya sangat manis sekali. 

Pada keesokan harinya ana menceritakan pada ibu ana, ibu ana berkata "kakak teruskan berdoa pada Allah dan jangan pernah berhenti meminta.. Malam ni buat lagi solat hajat..) ana pun "hemm, ok ibu.. kakak cuba malam ni.." .Dan malam kedua seperti biasa ana akan melakukan solat hajat, dan pada malam itu juga ana mendapat mimpi lagi.. mimpi kedua ni, si Danish ni datang berjumpa ana dekat sekolah.. Dia macam tengah mengajar kawan ana.. Ana segan bila tengok dia sebab kami berdua ada berhubung pada hari sebelum mimpi ni.. ana ada message dengan Danish, macam-macam jugak ana tanya dia..sebab bila tulis kat telefon sembang menggunakan alat telekomunikasi senang la sebab tak ada kat depan mata(ana jadi peramah terlebih..haha), kalau ada depan mata ni ana jadi segan(sebab salah satu nya ana ni pemalu,pendiam bila berdepan dengan akhi..).. lepas Danish mengajar kawan ana, dia duduk dihadapan ana..Ana hanya diam dan hanya mampu senyum sahaja sambil menengok si Danish ni. Lepas tu ana terjaga la dari tidur, nak pi sekolah..

Dan mimpi ana ni sampailah enam kali ana bermimpi Danish ni..

selang 2-3 hari iaitu pada 31/10/2013 bersamaan 26 Zulhijjah, ana ada bermimpi lagi.. kali ini dalam mimpi ana, dia datang menghantar seorang budak lelaki ke sekolah dengan menaiki motosikal(rasa2nya dalam mimpi tu macam adik dia).. lepas hantar tu si Danish ni terus datang kat abang ana, ana dan sepupu ana. Yang terkejutnya Danish datang menghampiri kami bertiga ni yang tengah duk bersembang, Danish memberi salam dekat abang ana sambil duk tersengih-sengih tengok ana..senyum dia tu pun macam mesra ja, ana pun segan la sebab ada seorang akhi duk senyum jaaa..(sebenarnya ada banyak lagi.. tapi yang belakang-belakang tu ana malas nak cerita, biar lah cerita mimpi seterusnya itu menjadi rahsia Allah dan ana sahaja.. owh! dan tak lupa serta ibu ana juga..)

sampai la ana mimpi dia hingga kali ke 10.. iaitu pada malam semalam 5/11/2013 bersamaan 1 Muharram 1435 Hijrah..

Yang masih menjadi tanda persoalan kepada ana sehingga sekarang ini apakah ada maksud yang tersurat dan tersirat dalam mimpi ana itu?

Apapun terima kasih kerana membaca blog ana, sahabat sekalian..
Sekiranya cerita yang ana kongsikan ini membosankan, maafkan lah ana kerana semua ini dari isi hati ana sendiri.. Assalamualaikum wbt ...

No comments:

Post a Comment