Saturday 23 November 2013

La Tahzan Anis ...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Aahlan Wa Sahlan sahabat ana sekalian. Selamat datang ke blog ana yang tak seberapa ni.. nak tahu sebab apa ana kata tak seberapa ni? sebab ana selalu bercerita macam-macam kan..hehe
ok lah! dah lama rasanya ana tak update post baru kat sini.. ye la rasa malas nak menaip sedangkan kat otak ada macam-macam nak di ceritakan sebab banyak peristiwa yang berlaku.. hihi..

Ana sebenarnya rasa sedih yang amat.. nak tahu sebab apa ana bersedih, sahabat sekalian? Sebab ana baru dapat tahu yang Danish tu dah bertunang. Haaa! Sahabat ana sekalian masih ingat lagikah pada Danish, yang ana selalu ceritakan itu? Danish itu lah.. Ana pun tak sure yang khabar itu benar atau tidak, tetapi yang pasti ada seorang hamba Allah itu telah menceritakan pada ana bahawa 'dia' adalah tunang si Danish.. Bila ana dapat tahu khabar ini hati ana berasa sakit yang amat.. Hanya Allah saja yang tahu hati ana sakit macam mana, terasa teramat lah perit untuk menerima semua ini. Walaupun perit untuk menerima semua ini, ana mencuba untuk redha kerana ana pasti janji Allah itu benar pada hamba-Nya..

Sahabat sekalian nak tahu macam mana boleh terjadinya semua ini? haa! meh ana nak cerita dari awal...

Mula-mula macam biasa ana akan online facebook ..ye la saja nak tengok ada apa kat situ, lepastu ana click kat fb si Danish(nak tengok sama ada dia ada update status ke tidak kan..). lepas tu ana tengok kat friendlist Danish(macam stalker la pulak ye ana nih.. hihi).. ana nampak ada satu nama tu iaitu TN , then ana click la nama dia.. Bila buka tu kita baca la semua status si TN tu.. Kat situ ana ada nampak si Danish like status si TN tu, bila ana baca lagi status si TN tu ada la beberapa like oleh si Danish nih.. HAAA! Dan tiba-tiba hati ana berasa something la. Nak dijadikan cerita, ana pon add la akak TN ni..
Beberapa hari kemudian si akak TN ni ada sent message ana kat fb. Dia berkata "Assalamualaikum adik comel.. ana mengenali dirimu? Syukran add ana.. Salam ukhwah fillah ^_^"
ana pun reply la balik message akak TN tu(ye latak kan tak balas balik message orang kan.. nanti apa pulak orang cakap).

Kami pun bersembang berdua.. Allah itu maha besar! Suatu hari akak tu tetiba bercakap pasal si Danish ni.. dan terkeluarlah dari dia, iaitu dia mengaku bahawa 'dia' itu adalah tunang si Danish.. Hati ana memang terasa sakit namun, ana terpaksa berlakon bahawa tiada apa yang terjadi.. akak TN tu tetiba minta no ana, katanya kalau ada Whatsapp senang la nak bagi gambar & dia tak selalu onlline sangat kat fb nihh.. katanya la, jadi ana pun bagi la nombor telepon ana.. Dan pada malam tu kami ber'whatsapp' berdua sampai la hari ni.. sepepu ana kata akak TN tu bercerita macam menunjuk-nunjuk pun ada.. katanya kalau bertunang patutnya dirahsia kan bukan dihebohkan dan perkahwinan itu sepatutnya dihebohkan bukan dirahsiakan..sepupu ana kata yang akak TN tu macam penipu, ibu ana juga berkata yang sama macam sepupu ana.. ana tak tahu lah sama ada khabar semua ini benar atau palsu...Hanya Allah sahaja yang tahu, Ana hanya berserah pada Allah & apa yang penting redha..

betul tak sahabat ana sekalian :)

No comments:

Post a Comment